Tuesday, 18 March 2014

Pendahuluan Kajian

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Tajuk : Kajian kekeliruan dan jurang dalam pembangunan premis untuk memenuhi keperluan Elemen 1 Amalan Pengilangan Baik atau GMP berdasarkan Klausa 4.0 MS 1514: 2009 Rekabentuk dan Kemudahan di kalangan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dan perunding di Malaysia

Saya, Mohd Fadhli bin Ab Rahman (P 68852), pelajar Siswazah Sains Makanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ingin menjalankan soal selidik berkenaan pelaksanaan Amalan Pengilangan Baik (GMP) mengikut keperluan klausa 4 MS 1514 : 2009 di kalangan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dan perunding di Malaysia.  

Kajian yang dijalankan ini menjangkakan kekeliruan dan jurang dalam pembangunan premis untuk memenuhi keperluan Klausa 4.0 MS 1514 : 2009 GMP di kalangan PKS dapat dikenalpasti dan suatu kaedah dan prosedur yang boleh mengurangkan kekeliruan dan jurang terhadap pematuhan kepada keperluan GMP ini dapat ditentukan.  Keadaan secara tidak langsung, diharapkan ianya mampu menjadi salah satu cara membantu pihak PKS untuk memenuhi keperluan GMP dan memudahcara pihak berkuasa untuk menjalankan audit dan pemeriksaan.

Sila 'klik' capaian di bawah bagi mengatur tarikh dan masa temujanji  yang sesuai dengan pihak Tuan/ cikPuan :